Celcom meterai perkongsian strategik dengan Ericsson dan Huawei
Celcom Axiata Berhad akan membelanjakan 60 hingga 70 peratus daripada peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan kapasiti rangkaiannya dengan menggunakan inisiatif mobiliti rangkaian yang lebih canggih dalam satu platform.

Majlis Menandatangani Perjanjian antara Celcom, Ericsson dan Huawei, di Kuala Lumpur.
Dalam menjayakan usaha itu, Celcom melantik Ericsson dan Huawei untuk menawarkan peralatan akses radio sekaligus menjadikan Celcom peneraju utama dalam industri teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Shazalli Ramly berkata, inisiatif membangunkan rangkaian mudah alih bertaraf dunia baru di Malaysia akan meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan mobiliti rangkaian lebih canggih.
“Kami memilih Ericsson dan Huawei untuk menyampaikan rangkaian ini berdasarkan portfolio kelengkapan radio terbarunya dan penyelesaian rangkaian akses radio tunggal kompetitif (RAN).
“Melalui projek ini, ia akan menggandakan kapasiti rangkaian Celcom kepada tiga kali ganda di samping menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan data canggih 42 Megabait sesaat, perkhidmatan suara dengan definisi tinggi dan liputan yang lebih stabil dan luas,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Celcom, Ericsson dan Huawei, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dengan peruntukan disediakan, Celcom memberi keutamaan kepada projek pemodenan rangkaian akses radio 2G dan 3G nasionalnya di semua stesen pangkalannya di seluruh negara.
Menurut Shazalli, sebagai sebahagian inisiatif Celcom untuk menaik taraf rangkaian mudah alihnya, syarikat berkenaan akan memodenkan peralatan radio sedia ada di lebih 9,000 stesen 2G dan 3Gnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Sebagai tambahan, Celcom akan menggunakan 2,000 laman baru yang menggunakan penyelesaian RAN tunggal. Selain itu, pemodenan rangkaian ini akan dilancarkan dalam beberapa peringkat mulai pertengahan tahun ini,” katanya.

Post a Comment