Boling Kebangsaan 2011: Kang Bo Long, Zandra Aziela dinobatkan sebagai juara
PETALING JAYA: Pemain Johor, Kang Bo Long dan pemain Selangor, Zandra Aziela masing-masing dinobatkan sebagai juara kebangsaan buat pertama kalinya apabila memenangi kejohanan Boling Astro Kebangsaan kali ke-35 di Sunway Megalanes.

Juara Kebangsaan: Kang Bo Long (kanan) dan Zandra Aziela Hakimi Ibrahim bergambar bersama trofi masing-masing selepas menang aksi final di Kejohanan Boling Astro Kebangsaan di Sunway Megalanes. | foto the star
Kang Bo Long cemerlang menewaskan pemain remaja kebangsaan, Yusuf Abdul Raub dengan 226-176 dan 244-191 untuk merangkul kejuaraan.
Bo Long terlebih dahulu menewaskan pemain elit negara, Adrian Ang 213-190 sebelum melangkah ke akhir untuk bertemu Yusuf.
Zandra Aziela pula dengan mudah menewaskan rakan sepasukan, Dayang Khairuniza dengan 205-212 dan 195-179.
Ini kali pertama Zandra menjadi juara setelah percubaannya gagal dalam beberapa tahun lalu meskipun berjaya menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2007 di tempat yang sama.
Bo Long membawa pulang RM7,000 manakala Zandra berpuas hati dengan hadiah kemenangan sebanyak RM3,000. -D5 Sports

Post a Comment