West Ham aibkan Liverpool, selamatkan dari zon bahaya
LONDON: West Ham berjaya memintas West Brom dan Wigan untuk tidak lagi berada di tempat tercorot EPL selepas menang bergaya 3-1 ke atas Liverpool di Upton Park.(Carlton Cole (kanan) menjaringkan gol ketiga West Ham dalam kemenangan 3-1 ke atas Liverpool di Upton Park. -foto AFP)
Dalam perlawanan yang dikuasai oleh pasukan tuan rumah itu, West Ham membuka jaringan seawal minit ke-22 apabila kapten mereka, Scott Parker bermain satu-dua dengan Thomas Hitzlsperger sebelum melakukan rembatan cantik melepasi jangkauan Pepe Reina.
Mereka kemudian menggandakan jaringan sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Demba Ba menanduk kemas hantaran lintang Gary O'Neill.
Liverpool cuba bangkit pada babak kedua namun gagal menguasai bola serta permainan dan walaupun berjaya menjarakkan jurang menerusi Glen Johnson, yang menerima umpanan Luis Suarez daripada jarak dekat, West Ham memastikan tiga mata minit mereka apabila pemain gantian, Carlton Cole menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan.
West Ham kini telah mengutip 28 mata sementara kekalahan ini merupakan yang pertama buat Liverpool dalam lapan perlawanan liga, sekaligus menyukarkan usaha mereka untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. -D5 Sports
Post a Comment