Birmingham rangkul Piala Carling, Arsenal kempunan
Birmingham City menjulang Piala Carling selepas menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley.(Pemain-pemain Birmingham gembira meraikan kemenangan mereka merangkul Piala Carling menewaskan Arsenal dengan 2-1. –foto sky sports)
Birmingham memenangi trofi kedua dalam sejarah mereka selepas kejayaan yang sama pada 1963.
Gol kemenangan Birmingham hadir seminit sebelum masa perlawanan sebenar berakhir menerusi pemain gantian, Obafemi Martins yang mudah menolak bola ke gawang yang terbuka luas.
Penyerang itu menghidu kesempatan akibat kesilapan salah faham di antara pertahanan Laurent Koscielny dan penjaga gol muda, Wojciech Szczesny.(Pemain Arsenal kecewa dengan kekalahan mereka kepada Birmingham 1-2 dalam pertemuan akhir Piala Carling di Stadium Wembley di London. –foto sky sports)
Nikola Zigic meletakkan skuad bimbingan Alex McLeish itu pada minit ke-28 sebelum dipadamkan Robin van Persie 11 minit kemudian dengan sepakan gunting.
Penjaga gol Birmingham, Ben Foster memainkan peranan besar kejayaan pasukannya apabila menyelamatkan beberapa peluang berbahaya sepanjang permainan.
Kegagalan itu menyaksikan Arsenal gagal menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa piala. -D5 Sports
Post a Comment