Prihatin: Kerajaan PR Selangor tambah elaun guru Kafa RM300 lagi
WarkahDaily – Pakatan Rakyat semakin menampakkan kejayaan untuk membela nasib rakyat. Pengumuman penambahan elaun untuk guru Kafa jelas menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk menunaikan janji dan membela nasib rakyat.
Usaha murni itu jelas memberi gambaran Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang semakin tidak membela nasib rakyat. Rakyat diharap tidak lagi merasa ragu-ragu akan usaha yang dilakukan itu demi menyelamatkan Malaysia daripada penyangak dan perompak hasil mahsyul negara.
Harakahdaily - Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan semalam.
Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.
Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.
“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.
Post a Comment