Penerbit filem siri fantasi 'Narnia' meninggal dunia
NEW YORK: Seorang penerbit filem siri fantasi The Chronicles of Narnia, Perry Moore, 39, meninggal dunia, khamis lalu.Moore ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik mandi rumahnya di Manhattan dan meninggal dunia di hospital tidak lama selepas itu.
Polis melaporkan kematiannya tiada kaitan dengan unsur jenayah dan punca akan ditentukan oleh pegawai perubatan tempatan.
Sebelum menerbitkan tiga filem siri fantasi The Chronicles of Narnia, mendiang pernah mengarah filem Lake City yang dibintangi Sissy Spacek pada 2008.
Post a Comment