Liga Super 2011: Selangor benam Terengganu 3-2
Selangor melakarkan kemenangan tipis 3-2 menentang Terengganu di Stadium shah Alam, Selangor.(Pemain Selangor meraikan jaringan Mohd Amri Yahya dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang pasukan Terengganu di Stadium Shah Alam. -foto D5 Sports)
Anak-anak buah K. Devan yang mempamerkan corak permainan menyerang ternyata berhasil dengan kehadiran tiga gol berharga untuk mereka.
Penyerang, Mohd Fadzli Saari membuka tirai jaringan gergasi merah kuning dengan tendangan 'Volley' yang cantik hasil hantaran Hardi Jaafar pada minit ke-16 langsung tidak mempeluang kepada penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee.
Gol kedua Selangor hadir pada minit-minit akhir separuh masih pertama melalui tandukan cantik Amri Yahya yang mengelirukan Sharbinee hasil daripada hantaran Amirul Hadi Zainal.
Pasukan pimpinan Irfan Bakti yang tersentak dengan dua gol itu pada awalnya lebih banyak melakukan serangan balas.
Penjaga gol Selangor, Iqbal Suhimi kerap kali diuji menerusi barisan serangan Terengganu.
Tandukan cantik pemain tengah Reeshafiq Alwi pada babak pertama yang diselamatkan Iqbal merupakan satu-satunya peluang keemasan Terengganu untuk mencipta gol.
Sebaik sahaja wisel babak kedua dimulakan, Selangor memulakan langkah serangan dengan gandingan pemain-pemain seperti Hardi Jaafar, Amirul Hadi dan Amri Yahya.
Serangan gergasi merah berhasil dengan rembatan luar kotak penalti Azidan Sarudin pada minit ke-46 memberikan gol ketiga Selangor untuk terus berada di depan dengan selesa.
Terengganu cuba bangkit dengan asakan demi asakan menguji pintu gol pasukan Selangor.
Rembatan cantik pemain berjersi 20, Abdul Manaf Mamat bagaimana pun hanya melepasi palang gol.
Serangan Terengganu bagaimana pun berhasil apabila berlaku pertolakkan diantara Khairul Anuar Baharom dan Abdul Hadi Yahaya dimana pengadil, Suhaizi Shukri menghadiahkan sepakan penalti kepada Terengganu pada minit ke-67.
Ashaari Shamsudin dengan mudah menolak bola masuk menewaskan Iqbal untuk menjadikan kedudukkan 3-1.
Abdul Hadi menambah satu lagi gol untuk pasukan Terengganu lima minit sebelum masa tamat untuk menjadikan kedudukkan mutlak 3-2.
Selangor akan menentang Johor FC manakala Terengganu akan berkunjung ke Kuala Lumpur 26 Februari ini. -D5 Sports
Post a Comment