Liga Super 2011: Kelantan terus kekal di puncak liga
Pasukan juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dilihat terus mengekalkan momentum kejuaraannya selepas terus kekal di puncak liga dengan 10 mata dalam empat perlawanan Liga Super musim 2011 apabila terus dengan rentak kemenangan malam tadi.
Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu malam tadi, Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0.
Dengan kemenangan itu, Kelantan menjarakkan kedudukan liga dengan pasukan Perak yang dilihat mensia-siakan peluang untuk berkongsi mata dengan Kelantan, namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila hanya seri 0-0 dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Ramzul Zahini dan Norshahrul Idlan Talaha.
Kelantan mendapat gol pertamanya melalui Ramzul pada minit pertama babak kedua selepas menerima hantaran tepat daripada kapten pasukan, Mohd Badhri Razi.
Kelantan yang banyak mengasak kubu lawan di babak kedua terus menambah derita buat pasukan Kuala Lumpur apabila Norshahrul menambah jaringan buat Kelantan pada minit-minit terakhir perlawanan.
Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu malam tadi, Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0.Dengan kemenangan itu, Kelantan menjarakkan kedudukan liga dengan pasukan Perak yang dilihat mensia-siakan peluang untuk berkongsi mata dengan Kelantan, namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila hanya seri 0-0 dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah.

Post a Comment