Liga Juara-Juara: Peter Crouch wira Spurs benam AC Milan
MILAN: Peter Crouch nyata menjadi wira setelah berjaya menjaringkan gol kemenangan 1-0 Tottenham Hotspur pada minit ke-80, ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab gergasi Italy, AC Milan di Stadium San Siro awal pagi tadi.Tottenham yang pada awalnya dilihat agak tenggelam dalam penguasaan AC Milan, bagaimanapun bijak mencuri peluang dengan melakukan serangan pantas.
Ia bermula dengan pemain Vedran Corluka yang berjaya melarikan bola dan memperdaya pertahanan lawan, sebelum melakukan hantaran cantik tepat ke kaki Crouch untuk disempurnakan.
Ketika permainan berbaki beberapa minit, pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic melakukan jaringan gol menerusi aksi akrobatik, namun hampa apabila ia tidak dikira kerana penjaga garisan mendakwa pemain itu dalam keadaan offside.
Terdahulu, penjaga gol Chistian Abbiati terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan di kepala ketika menyelamatkan bola yang dalam keadaan bahaya.
Dia yang tiba-tiba rebah, terpaksa dibawa keluar sebelum jurulatih Massimiliano Allegri mengarahkan penjaga gawang gantian, Marco Amelia dibawa masuk.
Pemain Spurs, Vedran Corluka turut mengalami kecederaan teruk di kaki selepas diterjah keras oleh pemain tengah, Milan Mathieu Flamini.
Malah, selepas tamat perlawanan, berlaku sedikit pergaduhan kecil di atas padang apabila Gennaro Gattuso muncul menghantukkan kepalanya ke kepala pembantu pengurus Spurs, Joe Jordan. Insiden itu turut membabitkan beberapa pemain, namun ia berjaya dileraikan.
Dalam satu lagi perlawanan lain, menyaksikan Valencia terikat seri 1-1 dengan dengan Schalke. Pada perlawanan itu, Soldado dari Valencia terlebih dahulu menjaringkan gol pembukan pada minit ke-17.
Pada minit ke-64, tonggak vateran Schalke, Raul Gonzalez pula muncul menyamakan kedudukan. -AFP
Post a Comment