Liga Juara-Juara: Marseille buat Man Utd gundah, Inter tewas di laman sendiri
PERANCIS: Saingan Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Velodrome awal pagi tadi menyaksikan pasukan tuan rumah Marseille terikat seri 0-0 dengan Manchester United dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati.(Wayne Rooney diasak dua pemain Marseille dalam pertemuan yang berkesudahan seri 0-0. -foto Getty)
Biarpun kedua-dua pasukan masing-masing mengasak dan melancarkan serangan bertali arus sepanjang 90 minit perlawanan, namun masih gagal menemui sebarang gol sehingga tiupan wisel penamat.
Keputusan tersebut jelas meletakkan United dalam situasi bahaya kerana Marseille hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri dengan jaringan pada perlawanan pusingan kedua yang akan berlangsung di Old Trafford nanti.
Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium San Siro, menyaksikan pasukan tuan rumah Inter Milan tumpas 0-1 ke tangan gergasi Jerman, Bayern Munich, hasil jaringan penyerang Mario Gomez di minit akhir perlawanan.(Mario Gomez menewaskan penjaga gol Inter untuk gol tunggal Bayern 1-0. -foto Getty)
Kekalahan Inter pada pertemuan itu, bermakna sudah tiga kelab dari Itali tumpas pada pusingan pertama perlawanan kalah mati dan ia memberikan bayangan awal akan tersingkir dalam peringkat ini.
AC Milan terlebih dahulu tewas kepada Tottenham (0-1) di tempat yang sama, sebelum As Roma pula dikejutkan Shakhtar Donetsk 3-2 di Stadium Olimpik. –D5 Sports
Post a Comment