Header Ads

EPL: Sebastien pastikan mata berharga buat Arsenal, ekori rapat pendahulu liga

ENGLAND: Kemenangan tipis yang diraih Arsenal ketika menentang Stoke City (1-0) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates awal pagi tadi, sudah cukup bermakna buat mereka.

(Bek Arsenal, Sebastien Squillaci, tengah, meraikan jaringan tunggalnya bersama rakan-rakan dalam perlawanan dengan Stoke City di Stadium Emirates. –foto Empics Sport)

Apa yang penting, kemenangan hasil jaringan Sebastien Squillaci itu membawa Arsenal berada rapat dibelakang Manchester United (57 mata) dengan hanya perbezaan satu mata.

Bagaimanapun, Arsenal terpaksa membayar dengan harga yang mahal apabila kedua-dua tonggaknya Cesc Fabregas dan Theo Walcott mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Fabregas mengalami kecederaan minor pada bahagian otot, tetapi kecederaan Walcott dilihat serius selepas bertembung dengan pemain Stoke, Dean Whitehead. Dia (Walcott) terbaring selama 3 minit di atas padang sebelum dibawa keluar.

Jaringan Squillaci pada minit ke-8 disempurnakan menerusi tandukan, selepas dia menerima hantaran daripada pemaian Nicklas Bendtner.

Stoke dilihat kerap mengasak kearah kubu Arsenal, namun tidak berjaya menyamakan kedudukan setelah percubaan mereka sering kali digagalkan. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.