Liga Juara-Juara: Anelka jaring dua gol kemenangan Chelsea, Madrid sekadar seri
DENMARK: Nicolas Anelka nyata unggul selepas menyumbang dua gol untuk Chelsea ketika menewaskan FC Copenhagen (2-0) pada perlawanan pertama, Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Parken awal pagi tadi.
(Reaksi Nicolas Anelka selepas menjaringkan gol kedua untuk Chelsea ketika perlawanan Liga Juara-Juara, menentang FC Copenhagen di Stadium Parken di Copenhagen. -foto AFP)
Kedua-dua gol yang diperolehi masing-masing pada minit ke-15 dan 16 itu meletakkan Chelsea dalam landasan tepat untuk ke peringkat suku akhir. Malah dengan kemenangan itu turut memberikan keyakinan kepada skuad Carlo Ancelotti dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge nanti.
Selain itu, ia juga dianggap kemenangan penting untuk Ancelotti bagi menyelamatkan jawatannya sebagai pengurus, berikutan anak buahnya beraksi kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.
Pada perlawanan lain, turut menyaksikan Real Madrid hanya sekadar seri 1-1 dengan Lyon ketika perlawanan berlangsung di Stadium Gerland, Lyon.
Apa yang menarik pada pertemuan itu, kubu Lyon ditumpaskan oleh bekas pemainnnya sendiri iaitu Karim Benzema yang kini menyertai Real. Gol tersebut diperolehi di separuh masa kedua selepas beliau dibawa masuk dari bangku simpanan.
Bagaimanapun, kegembiraan Real tidak kekal lama apabila tujuh minit kemudian, Lyon bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Bafetimbi Gomis. -D5 Sports
(Reaksi Nicolas Anelka selepas menjaringkan gol kedua untuk Chelsea ketika perlawanan Liga Juara-Juara, menentang FC Copenhagen di Stadium Parken di Copenhagen. -foto AFP)Kedua-dua gol yang diperolehi masing-masing pada minit ke-15 dan 16 itu meletakkan Chelsea dalam landasan tepat untuk ke peringkat suku akhir. Malah dengan kemenangan itu turut memberikan keyakinan kepada skuad Carlo Ancelotti dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge nanti.

Post a Comment