Header Ads

EPL: Tottenham dimalukan Blackpool

ENGLAND: Blackpool berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas mengejutkan Tottenham 3-1 di Bloomfield Road.

(Brett Ormerod dari Blackpool meraikan jaringannya dengan DJ Campbell ketika menentang Tottenham. -foto Getty)

Pada separuh masa pertama perlawanan itu, Charlie Adam dan DJ Campbell terlebih dahulu menjaringkan gol untuk Blackpool masing-masing pada minit ke-18 (penalti) dan 44.

Blackpool dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain Spurs, Sebastien Bassong dipersalahkan kerana menjatuhkkan Campbell. Di minit ke-80, Ormerod mengukuhkan lagi jaminan tiga mata Blackpool yang sebelum ini menghampiri zon penyingkiran selepas tewas dalam enam perlawanan.

Gol tunggal Spurs hanya hadir di minit ke-90 menerusi Pavlyuchenko. Spurs kini memiliki 47 mata dan berada di tangga ke empat, dua mata mengatasi Chelsea.

Manchester United masih unggul dipersada liga dengan memiliki 57 mata, manakala Wolve berada ditangga tercorok dengan 25 mata. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.