Header Ads

Proton dan Perodua sambut baik langkah mewajibkan pemasangan beg udara

Dua pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyambut baik langkah mewajibkan pemasangan beg udara pada semua kenderaan baru mulai tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya menerima baik tindakan itu kerana ia melibatkan nyawa orang ramai.

“Kami sedia memberi kerjasama tetapi perlu berbincang dengan Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu untuk mencari kaedah terbaik pelaksanaannya,’’ katanya ketika dihubungi Ahad.

Beliau menjelaskan, kos pemasangan beg udara masih kurang mendapat sambutan memandangkan kosnya sekitar RM800 setiap set.

Katanya, Proton juga akan menganjurkan kempen kesedaran keselamatan mengenai pemasangan beg udara dan hal-hal yang berkaitan tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh turut bersetuju dengan keputusan itu disebabkan jumlah korban nahas jalan raya meningkat setiap tahun.

“Sebelum ia dilaksanakan, kita perlu kaji dahulu isu teknikal serta kos yang terbabit,’’ ujarnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin berkata, langkah mewajibkan pemasangan beg udara itu penting bagi mengurangkan risiko tinggi kecederaan dan kematian ke atas pemandu serta penumpang.

Beliau menjelaskan, seperti syarikat pengeluar kenderaan yang lain, Perodua juga ada menyediakan pakej pemasangan beg udara untuk model seperti Myvi, Viva dan Alza tapi ia bergantung pada permintaan pelanggan.

WarkahDaily – Eloklah bagi kedua-dua syarikat pengeluar kenderaan tempatan tu kalau nak sediakan pakej pemasangan beg udara untuk kenderaan keluaran depa. Kalau boleh, biarlah ada diskaun bagi meringankan beban pemilik kenderaan yang terdiri dari pelbagai tahap kemampuan untuk memasang beg udara.

Apa salahnya bantu pelanggan hangpa. Tanpa mereka, siapa hangpa..
Dikuasakan oleh Blogger.