Chong Wei juara Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut
Pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai juara Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Malaysia 2011 kali ke tujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.
(Chong Wei (kanan) bersama pemain dari Indonesia, Taufiq Hidayat selepas beliau merangkul juara perseorangan lelaki Super Siri Terbuka Malaysia di Stadium Putra, semalam. Chong Wei menang 21-8, 21-17. -foto AFP)
Beliau yang juga meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut dilihat tenang menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia dengan 21-8, 21-17 dalam masa 37 minit.
Dengan aksi kemas yang ditunjukkan pemain No.1 dunia itu terutamanya pada set pertama nyata memberi kelebihan kepadanya untuk menguasai permainan.
Pada set kedua, Taufik yang pada awalnya ketinggalan 18-9 cuba bangkit dan mengejar Chong Wei sehingga beliau berjaya mendapat 8 mata berturut-turut.
Chong Wei, 28, yang agak leka pada set itu bagaimanapun menamatkan saingan dengan 21-17. –D5 Sports
(Chong Wei (kanan) bersama pemain dari Indonesia, Taufiq Hidayat selepas beliau merangkul juara perseorangan lelaki Super Siri Terbuka Malaysia di Stadium Putra, semalam. Chong Wei menang 21-8, 21-17. -foto AFP)Beliau yang juga meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut dilihat tenang menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia dengan 21-8, 21-17 dalam masa 37 minit.

Post a Comment