Header Ads

Dokumen sulit WikiLeaks dianggap malapetaka kepada Amerika Syarikat

Menteri Luar Negeri Singapura, George Yeo meminta kakitangan kerajaan supaya berhati-hati ketika membuat perbincangan dengan diplomat Amerika Syarikat (AS) dan menyifatkan penyebaran dokumen sulit oleh WikiLeaks dianggap sebagai malapetaka kepada kerajaan AS.

Menurutnya, pegawai kerajaan Singapura akan lebih berhati-hati ketika berbicara bersama diplomat dari AS kerana mencurigai sekiranya perbualan mereka akan disebarkan kepada umum.

“Pendedahan WikiLeaks telah membawa bencana kepada diplomasi AS, jadi Kita harus lebih berhati-hati dalam perbualan kita kerana ianya pernah terjadi sebelum ini dan ianya mungkin akan berulang sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, WikiLeaks menyebarkan sebuah dokumen memaparkan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menggambarkan pemimpin junta Myanmar sebagai 'bodoh' dan menggelar pemimpin Korea Utara sebagai 'gila' dalam perbualannya dengan diplomat AS, bulan lalu.

Diplomat Singapura juga dilaporkan membuat kenyataan kurang menyenangkan mengenai Malaysia, India, Jepun dan Thailand selama pertemuan dengan para pegawai dari AS itu. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.