Orang barat berpesta tak pakai seluar panjang, orang kita pulak pesta berbikini
WarkahDaily – Betapa rendahnya moral manusia di zaman serba canggih ini apabila tak pasal-pasal ada jugak yang ‘merayakan’ hari tanpa pakai seluar panjang ketika naik tren.Laporan Agensi berita luar negara, beratus-ratus penduduk di bandar New York telah meraikan hari tanpa seluar panjang ketika menaiki tren bawah tanah kelmarin.
Ulangtahun ke-10 hari tanpa seluar panjang itu disertai mereka dengan hanya memakai seluar pendek dan seluar dalam. Ada yang memakai baju kot dan bertali leher, tetapi hanya memakai seluar pendek sahaja demi perayaan itu.
Kerja tak bertamadun itu dikatakan bermula sejak 2002 lagi apabila satu kumpulan telah pun menggalakkan pengguna meninggalkan pakaian seluar panjang dan skirt ketika menaiki tren bawah tanah.
Tanpa mempedulikan khalayak dan lebih sadis lagi, mereka ini sanggup mendedahkan sebahagian bawah badan mereka dengan kesejukan suhu yang rendah semata-mata ‘perayaan’ yang meletakkan moral mereka tiada lagi nilai.
Itulah nilai tamadun manusia di sebelah barat yang semakin tunduk kepada naluri haiwan yang tidak berakal. Maka tidak peliklah jika nanti ada yang meraikan pula ulangtahun hari tanpa pakaian pulak dah. Siapa tahu ianya sudah pun dilakukan di sebelah sana.
Tapi jangan pulak kita lupa, semalam riuh-rendah berita artis kita yang boleh dikatakan juga terkenal jugak lah yang meraikan tahun baru di sebuah pusat peranginan dengan hanya berbikini.
Kalau di New York, mereka yang meraikan hari tanpa seluar panjang dan skirt itu terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam. Jadi tak peliklah bagi mereka untuk berkelakuan sedemikian.Tapi artis kita ini adalah beragama Islam. Ramai merasa terkejut dan marah dengan perlakuan tidak senonoh artis berkenaan apabila berada di layar perak dalam industri filem tanahair yang tak seberapa itu bukan lagi berkelakuan sopan dan baik tapi tidak di alam realiti.
Tapi hari ini, artis berkenaan mula merasa ditekan dan hanya berucap beliau menyesal dengan ‘kesendatan’ pakaiannya itu. Itu pun kerana selepas gambar tidak senonohnya itu tersebar meluas di internet.
Apa beza kita orang timur dengan mereka orang barat?
Patutlah dalam Islam, perihal aurat sangat dititik beratkan sehingga ada hadis yang menyebut, tidak akan bau syurga bagi mereka yang berpakaian tetapi seperi telanjang (mendedahkan aurat). Nauzubillahi min zaalik.
Post a Comment