Header Ads

Kaspersky sasar kuasai lebih 70% segmen pengguna di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kaspersky Lab (M) Sdn Bhd, pemaju utama penyelesaian pengurusan kandungan dan ancaman Internet selamat menyasar untuk menguasai lebih 70 peratus bahagian segmen pengguna di Malaysia tahun ini.

Tahun lepas syarikat mencatatkan lebih 60 peratus bahagian pasaran, katanya.

“Kami akan mencapainya melalui perbelanjaan yang lebih dalam sumber pemasaran dan melaksanakan lebih banyak aktiviti di Malaysia sebagai pasaran tumpuan kami untuk Asia Tenggara,” kata Pengarah Jualan Salurannya, Jimmy Fong kepada pemberita susulan taklimat di sini mengenai Pameran IT Malaysia 2011.

Beliau berkata, pasaran Malaysia menyumbang kira-kira 20 peratus jualan kepada syarikat dalam kawasan Asia Tenggara.

Bagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, Kaspersky berhasrat untuk menumpu kepada segmen perniagaan dengan rancangan untuk melancarkan versi baru ‘Kaspersky Open Space Security’, produk dalam siri perniagaannya bulan depan. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.