Header Ads

Tevez berkeras mahu tinggalkan Man City

MANCHESTER: Walaupun Carlos Tevez berkeras bahawa keputusannya untuk meninggalkan Manchester City tidak dipengaruhi mana-mana pihak tetapi penyerang itu mengaku hubungannya dengan ahli pasukannya sudah retak.

"Saya sangat bangkang apabila pihak pengurusan mengatakan keputusan saya dipengaruhi pihak lain," kata Tevez. "Ia adalah keputusan saya,".

Teves yang beberapa kali dipujuk untuk menyambungkan kontraknya, berkata dia sucah cukup matang untuk membuat keputusan.

"Saya bercadang meninggalkan Man City pada musim panas ini, namun saya dipujuk untuk tidak beberbuat demikian. Tetapi sayangnya, perasaan saya tidak berubah.

"Hubungan saya dengan beberapa eksekutif dan individu dalam kelab sudah retak. Saya tidak mengaharap perkara ini berlaku". katanya.

Sebelum ini, Carlos Tevez telah mengemukakan permintaan secara bertulis untuk berpindah dari Manchester City.

Penyerang Argentina itu tidak beraksi ketika City mengalahkan West Ham 3-1 dalam saingan Liga Perdana akibat digantung. Dia menikmati prestasi terbaik bersama City dengan 33 gol dalam 50 penampilan liga.

Namun pemain 26 tahun itu sering membayangkan hasrat untuk kembali ke Amerika Selatan dan pada Ogos lalu, dia pernah meluahkan perasaan untuk bersara daripada bola sepak selepas kecewa Argentina tewas kepada Jerman di suku akhir Piala Dunia.

Tevez yang dibeli dengan harga sekitar 26 juta pound (RM145.6 juta), menarik minat banyak kelab handalan Eropah menjelang jendela perpindahan Januari ini dan City pasti sukar menyesuaikan diri tanpanya. -PA Sports
Dikuasakan oleh Blogger.