Header Ads

Piala Dunia Kelab FIFA: Mazembe kejutkan Internacional untuk muncul kelab Afrika pertama layak

ABU DHABI: TP Mazembe muncul kelab Afrika pertama layak ke perlawanan akhir Piala Dunia Antara Kelab selepas menumpaskan Internacional dari Brazil 2-0.

Gol sumbangan Mulota Kabangu dan Dioko Kaluyituka menjulang pasukan dari DR Congo ke final dan menanti pemenang di antara Inter Milan atau wakil Korea Selatan, Seongnam Ilhwa Chunma.

Inter gagal mempamerkan permainan baik mereka seperti separuh masa pertama dan gawang mereka dibolosi selepas lima minit permainan bersambung dan Kaluyituka mengesahkan kemenangan mereka lima minit sebelum wisel ditiupkan. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.