Piala Dunia Kelab FIFA: Inter Milan ratah Seongnam Ilhwa
ABU DHABI: Juara Eropah, Inter Milan mudah meratah Seongnam Ilhwa dari Korea Selatan 3-0 untuk menempah tempat dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab.(Diego Milito meraikan gol ketiga Inter Milan ketika bertemy Seongnam Ilhwa dalam kejohanan Piala Dunia Kelab 2010 di Abu Dhabi pada 16 Disember 2010. -AFP)
Inter akan bertemu pasukan misteri, TP Mazembe dari DR Congo yang mengecewakan Internacional 2-0.
Dejan Stankovic meletakkan Inter di hadapan seawal minit ketiga. Javier Zanetti kemudian menggandakan gol buat Inter selepas 30 minit permainan berlangsung selepas mengutip tolak kebelakangan Diego Milito.
Milito kemudian menambah satu lagi gol sungguhpun kem Seongnam cuba mendakwa bola terkena penyerang Argentina itu. -D5 Sports
Post a Comment