Header Ads

Piala AFF Suzuki: Malaysia bernasib baik tidak dibelasah Thailand

INDONESIA: Perlawanan antara Malaysia-Thailand terikat seri 0-0 ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, semalam.

(Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi (kanan) menahan rembatan daripada pemain Thailand, Teerasil Dangda ketika pelawanan kedua kumpulan A Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta. Malaysia-Thailand seri 0-0. -foto AFP)

Dalam perlawanan yang berlansung selama 99 minit itu, Thailand banyak menguasai permainan dan sering kali berjaya membelah benteng pertahanan Malaysia. Namun setiap percubaan dilakukan sering tersasar ataupun tidak disempurnakan dengan baik oleh penyerang Thailand.

Skuad Malaysia yang dianggap bernasib baik dalam perlawanan itu juga, harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan rembatan pemain Thailand.

Kegopohan dan kecuaian pertahanan skuad negara ketika bertemu Indonesia baru baru ini, dilihat sekali lagi berlaku dalam perlawan kali ini.

Malaysia turut beberapa kali berpeluang menjaringkan gol tetapi ia gagal disempurnakan akibat berlaku salah faham antara pemain.

Sekiranya, Malaysia mahu meneruskan kemaraan, mereka harus menang besar terhadap pertemuan dengan Laos nanti.

Malaysia kini berada di kedudukan merbahaya dalam kumpulan A dengan memiliki hanya satu mata dan satu jaringan dalam dua perlawanan. Thailand memiliki dua mata.

Satu lagi perlawanan, Indonesia menambah tiga mata lagi untuk mendahului kumpulan A apabila membelasah Laos 6-0. Indonesia sebelum ini turut membelasah Malaysia 5-1 telah pun mengumpul enam mata. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.