Sukan Asia: Selepas tewas kepada Thailand, Chong Wei dituntut aksi terbaik dalam acara individu
Tiada alasan lagi buat Lee Chong Wei yang dituntut memberikan aksi terbaik ketika acara individu bermula esok.Pemain perseorangan itu menjadi harapan negara untuk memungut sebutir pingat emas dalam acara tersebut.
Namun demikian, kekalahan kepada Boonsak Ponsana dalam saingan suku akhir berpasukan lelaki sehingga menyebabkan penyingkiran pasukan negara kepada Thailand mengundang pelbagai andaian, apakah Chong Wei memiliki kekuatan mental untuk mengharungi beban yang dipikul.
Jurulatihnya, Misbun Sidek mendakwa Chong Wei diserang selsema yang menyebabkan kekalahan mengejut itu.
Dia perlu bangkit tatkala keupayaan sebenarnya ditagih kerana kecemerlangannya sudah pasti dapat membangkitkan semangat rakan-rakan lain untuk berjuang kerana mahu atau tidak, perseorangan nombor satu dunia itu dianggap nadi badminton negara.
Chong Wei mendapat bye dan akan berdepan sama ada Chan Yan Kit dari Hong Kong atau Sharim Sharim (Maldives) dalam pusingan kedua. -D5 Sports
Post a Comment