Esok raya tapi Zambry and the geng tak raya lagi kot..hahahah!
Kisahnya, banner ucapan selamat hari raya oleh MB kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang dipasang di serata tempat seluruh Perak didapati tarikh perayaan Idul Adha iaitu 17 Zulhijjah 1431H (buang tebiat ke..ehehe). Seperti biasa, seluruh umat Islam akan menyambut Idul Adha pada 10 Zulhijjah (esok la..) namun berlainan pula apa yang dicatatkan pada banner yang tersebar luas tu.
Selepas mengetahui pasal berita itu sambil menatap gambar banner Zambry yang sahabat blogger sempat snap, penulis nak juga pusing-pusing satu area di Perak kot ternampak banner tu tapi mungkin terlambat atau Umno kawasan itu terpandang kesilapan tu sebabnya tersangat jelas kesilapan tarikh itu telah pun ditampal dengan tarikh esok (10 Zulhijjah). Siapa yang dapat tender cetak tu tak tau lah…Orang Islam ke, sampai boleh silap buat.
Tapi yang mengurus pasal banner tu, penulis percaya ianya bukanlah sebarangan orang sebab ucapan itu adalah daripada Menteri Besar. Sudah pasti melalui kerajaan Perak yang kontroversi tu (kerajaan haram).
Mungkin juga ianya ada kaitan dengan pejabat SUK, Bahagian Penerangan dan sebagainya. Mustahil ianya dilakukan oleh Umno sebab ucapannya atas nama MB, bukannya atas nama pengerusi BN negeri.
Mungkin orang lain boleh kata ianya adalah perkara remeh aje. Benda tu boleh dibaiki (tampal balik dengan tarikh sebenar) tapi jika dilihat kepada jawatan MB yang mempunyai ramai penasihat termasuk penasihat hal elwal agama yang kita kira mereka ini akan memberi nasihat atau pun meneliti apa yang akan dipersembahkan untuk rakyat.
Namun benda sebesar itu pun mereka tak ambil kisah dan ambil mudah, maka tak peliklah benda yang besar seperti menjaga kebajikan rakyat, membantu rakyat miskin, memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan telah diabaikan. Mereka cuma ingat rakyat ketika tiba pilihanraya untuk memancing undi rakyat. Itu pun tak banyak, sekadar boleh beli gula, beras untuk dua tiga hari sahaja.
Pasal banner tu, orang Perak kata mungkin puak-puak tu masih lagi tengah mabuk upacara letak ancak pada tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong tempoh hari yang kebetulan juga ada angka 17 iaitu pada 17 Oktober 2010.Tak kan baru aje buat amalan yang sudah ditinggalkan orang Melayu Islam zaman-zaman dahulu kerana ianya terkandung unsur-unsur khurafat, nak tambah lagi satu ‘ajaran’ baru sambut Idul Adha 17 Zulhijjah. Suka bebenor Zambry dengan angka 17…ehehe..
Post a Comment