Header Ads

Sultan murka, Muhyiddin dan akhbar arus perdana kena pohon maaf segera

WarkahDaily – Bila kepentingan politik mengatasi keikhlasan untuk membantu mangsa banjir, beginilah jadinya, sampai tak sedar cakap bohong dan fitnah. Konon nak bagi tau, hanya Umno-BN aje yang bantu mangsa banjir, duk jaja serata ceruk, ditambah pula berita berat sebelah media arus perdana bawah ketiak Umno, sehingga tak sedar, rupa-rupanya keseronokan mereka duk fitnah dan bawa berita munafik telah mengecewakan Sultan Kedah selama ini.

Dengan kata lain, Umno-BN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri telah pun menyakiti dan mengecewakan Sultan Kedah.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno telah membuat tuduhan melulu konon kerajaan negeri pimpinan PAS lepas tangan dan lambat bertindak membantu mangsa banjir di Kedah.

Dalam Bernama, Muhyiddin meminta kerajaan negeri Kedah supaya tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat sahaja, sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," kata Muhyiddin.

Kenyataan itu jelas menunjukkan Muhyiddin telah pun menghina usaha gigih kerajaan Kedah selama ini membantu mangsa banjir termasuk memberi bantuan seberapa segera, namun berita ini telah pun digelapkan dari media arus perdana, konon kerajaan Kedah tak cakna rakyat.

Kenyataan pemimpin Umno itu turut menghina kakitangan awam peringkat negeri yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan perkara itu di Parlimen ketika Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat baru-baru ini, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun kita bagi, “ jelas Dr. Hayati lagi.

Dah jadi amalan Umno-BN di negeri yang mereka kalah (pembangkang), depa akan tunjuk rajin dan buat-buat rajin padahal semua itu hanyalah untuk mengelabui mata rakyat, konon merekalah prihatin, cakna rakyat.

Umno dan pemimpin bukan sahaja menghina kerajaan Kedah, rakyat Kedah dan kakitangan awam di negeri itu, malahan mereka ini telah pun menghina kerajaan naungan Sultan Kedah.

Ini jelas selepas Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga semalam.
Dikuasakan oleh Blogger.