Header Ads

Suku akhir Piala Malaysia 2010: Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor FC, Kedah, Perlis mara

KUALA LUMPUR: Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor FC, Kedah, Perlis mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas mencatat
kemenangan pada perlawanan pusingan kelayakan malam ini.

Enam pasukan tersebut akan menyertai Selangor dan Negeri Sembilan yang telahpun mendapat tiket awal ke saingan suku akhir.

Naib juara Piala Malaysia musim lepas, Kelantan berjaya melangkah ke pusingan berikutnya setelah berjaya membelasah KL Plus 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi pada minit ke-24, Nor Shahrul Idlan Talaha (minit ke-35 dan 40) dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (minit ke-67).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Selangor PKNS.

Sementara itu, dalam saingan kumpulan B, Pahang turut mara ke saingan suku akhir biarpun seri 1-1 kepada Sabah pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Gol Pahang disumbangkan oleh Mohamad Fauzi Roslan pada minit ke-78, manakala gol Sabah pula dijaringkan oleh Razlan Oto pada minit ke-82.

Terengganu pula menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Di Stadium Perak, Ipoh, Johor FC yang berada ditangga teratas kumpulan C menang tipis 1-0 menyekat langkah Perak ke saingan suku akhir.

Gol tunggal Johor FC dijaringan oleh Mohd Azizan Baba pada minit ke-47.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, seperti yang telah diramalkan Kedah dengan mudah membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.

Bagi perlawanan kumpulan D, Perlis berjaya melangkah ke peringkat suku akhir biarpun tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Manakala pasukan tercorot Kumpulan D, T-Team pula terikat 1-1 dengan Felda United pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu.

Pada perlawanan suku akhir nanti, Negeri Sembilan akan bertemu dengan Perlis, Terengganu bertemu Kedah, Johor FC bertemu Pahang dan Selangor bertemu Kelantan. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.