Header Ads

Sukan Komanwel 2010: Josiah tambah koleksi emas, kemenangan Azizul terbatal

Malaysia menambah satu lagi pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi di Kompleks Sukan Indira Gandhi menerusi acara kirin yang dimenangi oleh Josiah Ng.

(Reaksi Azizulhasni Awang (kanan) dan Josiah Ng selepas melintasi garisan penamat dalam acara kirin akhir lelaki Sukan Komanwel di New Delhi. -foto AFP)

Dalam perlumbaan sebenarnya, Mohd Azizul Hasni Awang mengakhiri perlumbaan di tempat pertama manakala Josiah Ng dibelakangnya.

Namun kemenangan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu dibatalkan ekoran kesilapan dengan memotong di celah para pelumba lain yang sepatutnya dilakukan dari luar sehingga menyebabkannya terlepas genggaman emas.

Dengan itu pingat perak menjadi milik David Daniell dan Simon Van Velthooven dari New Zealand meraih gangsa. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.