Sukan Komanwel 2010: Aricco penyumbang emas kedua negara
NEW DELHI: Peserta angkat berat Malaysia mempamerkan kehandalan lagi pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 dengan memenangi satu lagi pingat emas dan satu perak.(Pemenang pingat emas Malaysia, Aricco Jumith beraksi dalam acara angkat berat snatch 62 kg Sukan Komanwel 2010 di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru di New Delhi pada 5 Oktober 2010. -foto AFP)
Pengangkat berat Aricco Jumith berusia 20 tahun menambah kutipan pingat emas negara menerusi acara clean and jerk 156kg bagi jumlah keseluruhan 276kg dalam kategori 62kg lelaki.
Rakannya Naharudin Mahayudin meraih perak dalam acara sama, dengan 275 kg, terlepas emas dengan hanya satu kilogram.
Peserta Sri Lanka Anton Sudesh Peiris Kurukulasooriyage memenangi gangsa dengan jumlah 152kg.
Semalam Amirul Ibrahim Hamizan merangkul emas pertama buat Malaysia dengan menang dalam pertandingan 56kg lelaki. -Bernama
Post a Comment