Sah! Proton Inspira, harga dari RM79K
WarkahDaily – Penulis telah pun diketemukan satu ‘scan brochure’ Proton Inspira yang telah dibocorkan orang tertentu yang mungkin ada hubungan dengan penjualan proton (nak bagi gempak tu, lagi ramai orang tempah maa..ehe).Dah jelas katt brochure tu terpapar nama Proton Inspira.
(Teman nak mintak maap kat arenakereta.com pasai teman ‘curi’ hangpa punya gambar brochure tu. Jangan marah ye..ehe)
Namun, sehingga hari ini, kerahsiaan model baru Proton itu tidak lagi enjadi tanda-tanya bagi peminat Proton kerana banyak laman web, blog dan forum duk taruk gambar beserta komen-komennya (dah tak jadi surprise lagi dah..).
Dari segi rupa paras kereta tu dah tak jadi masalah dah, memang memenuhi citarasa peminat Proton ala Mitsubishi Lancer tu. Sekarang orang duk tanya pasal harga pulak. Apakah betul-betul berbaloi dengan apa yang diharapkan?Kalau lihat kepada harga kat brochure tu, harga bermula RM79,xxx tapi bergantung kepada variannya sebab proton pengganti bagi Proton Waja itu akan mengeluarkan varian 2.0.
Kalau ikut harga yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Proton Inspira akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Baca laporan Utusan sepenuhnya berkaitan Proton Inspira
Post a Comment