Header Ads

Liga Sepanyol: Real Madrid berpesta gol belasah Deportivo 6-1

MADRID: Jose Mourinho menikmati kemenangan besar yang pertama sejak mengendali Real Madrid apabila skuadnya membelasah Deportivo La Coruna 6-1.

(Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya bersama-sama dengan Pepe (tengah) dan Marcelo sewaktu perlawanan Liga Sepanyol menentang Deportivo La Coruna. Real Madrid menang 6-1. –foto AFP)


Cristiano Ronaldo membuka tirai jaringan apabila menanduk masuk bola hantaran Mesut Ozil pada minit keempat.

Ozil kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 selepas dia menjaringkan gol pertamanya untuk Madrid pada minit ke-24.

Pada minit ke-34, Gonzalo Higuain menghantar bola yang cantik kepada Angel di Maria untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Higuain menambah koleksi golnya pada minit ke-53 sebelum pemain Deportivo, Ze Castro menjaringkan gol sendiri pada minit ke-60 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Deportivo berjaya mendapat gol saguhati pada minit ke-83 menerusi Juan Rodriguez sebelum Ronaldo menambah gol keduanya pada masa kecederaan untuk keputusan terakhir 6-1. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.