Header Ads

Anelka menjadi wira kemenangan Chelsea ke atas Bolton 1-0

Nicolas Anelka menjadi wira baru Chelsea selepas menanduk masuk ke gawang Bolton pada minit 43’. Kedudukan itu hingga ke akhir perlawanan yang berkesudahan Chelsea menang 1-0 ke atas Bolton.

(Anelka diraikan rakan pasukan, Lampard dan Kalou selepas menjaringkan gol kemenangan Chelsea. -foto premierleague.com)

Sebelum itu, Didier Drogba hampir berjaya memperdayakan pertahanan Bolton dalam perangkap offside. Namun, di saat Drogba cuba menewaskan Jussi Jaaskelainen, offside diberikan pengadil perlawanan.

Pada awal perlawanan, Chelsea mengalami kebimbangan selepas kaptennya, John Terry telah tercedera pergelangan kaki selepas bertembung Matthew Taylor pada minit ke 7’. Namun selepas mendapat rawatan yang lama, pemain bek England itu dapat meneruskan perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Chelsea selesa berada di puncak meninggalkan pencabar utamanya, Manchester United dengan berkelebihan 4 mata. Kedudukan itu mencerahkan lagi pasukan The Blues untuk menjuarai liga musim ini.

Chelsea

1 - 0

Bolton


Dikuasakan oleh Blogger.