Header Ads

Telefon pintar Nokia siri E mesra pengguna dan murah

NOKIA E5 satu lagi telefon pintar siri-E yang mendapat perhatian ramai sejak dipasarkan di pasaran tempatan awal bulan ini.

(NOKIA menggunakan paparan antara muka pengguna S60 edisi ketiga, yang turut disokong bagi capaian internet dan servis data menerusi rangkaian HSDPA/ HSUPA, WLAN, Triband WCDMA dan GPRS.)

Kali ini Nokia tampil menawarkan telefon pintar yang memiliki pelbagai teknologi terkini pada harga jauh lebih rendah berbanding telefon pintar di bawah siri-E yang lain.

Dengan harga yang 'mesra poket pengguna' iaitu RM830, menjadi alasan kukuh untuk lebih ramai pengguna dikalangan eksekutif muda dan profesional memilikinya sebagai telefon kedua atau telefon sokongan.

E5 turut disempurnakan dengan pelbagai teknologi menarik termasuklah kelebihan kamera lima megapiksel (MP) bersama lampu Flash LED, menghantar e-mel, Microsoft Exchange dan IBM Lotus Notes Traveler Business.

Mengekalkan penampilan yang mesra pengguna, model Nokia itu menggunakan paparan antara muka pengguna S60 edisi ketiga, yang turut disokong bagi capaian Internet dan servis data menerusi rangkaian HSDPA/HSUPA, WLAN, Triband WCDMA dan GPRS.

Telefon pintar ini dibangunkan lebih nipis dan ringan dengan empat warna menarik yang bakal menarik perhatian pengguna iaitu hitam karbon, putih dan biru awan dan perak kelabu.

Pelbagai aplikasi menarik ditawarkan untuk pengguna sama ada untuk tujuan hiburan, bersosial atau bekerja di mana semuanya boleh dimuat turun daripada Ovi Store dan diselaraskan mengikut cita rasa pengguna. -Bharian
Dikuasakan oleh Blogger.