Header Ads

Sevilla lepas peluang ungguli Liga Primera

SEPANYOL: Sevilla nyata terlepas peluang untuk megungguli Primera Divison selepas mereka hanya hanya seri 1-1 ketika bertemu Racing Santander di Sanchez Pizjuan.

(Pemain Sevilla,Luis Fabiano (kiri) berhadapan dengan penjaga gol Racing Santander, Tono Rodriguez ketika perlawanan di stadium Ramon Sanchez Pizjuan stadium. -foto AFP)

Pada perlawan itu, Alvaro Negredo meletakkan Sevilla di hadapan selepas dia menjaringkan gol diminit 13, tetapi Racing membalas balik selepas sembilan minit separuh masa kedua bermula menerusi rembatan Pablo Pinillos.

Sevilla kini berada ditangga kelima dibawah Barcelona. Real Madrid berada di tangga teratas diikuti Valencia dan Villarreal.

Sementara itu, gol tunggal jaringan Nilmar daripada Villareal sudah cukup untuk menewaskan Deportivo La Coruna dan membawa pasukannya ketangga ketiga.

Jaringan peribadi keempatnya itu membuatkan Nilmar berada ditangga teratas penjaring gol terbanyak setakat ini. Selepas ditindukkan Real Sociedad pada perlawanan pembukaan baru-baru ini, Villarreal kini semakin gagah untuk mendaki tangga liga. -PA Sports
Dikuasakan oleh Blogger.