Proton akan lancar model baru Waja November ini
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, wajah baru Waja adalah hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motor .
Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini.
Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada.
“Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.
“Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta.
“Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya. -SH
Post a Comment