Murid tahun enam lahirkan anak hasil kedurjanaan bapa saudara
DUNGUN: Usia baru 12 tahun, namun seorang kanak-kanak perempuan dekat sini menerima nasib malang apabila dia dipercayai menjadi mangsa seks bapa saudaranya sendiri.
Perbuatan keji lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung keselamatan dan kehormatan jagaannya itu bagaimanapun terbongkar apabila mangsa yang masih bersekolah dalam Tahun Enam itu melahirkan anak di sebuah hospital di Kuala Terengganu, 17 September lalu.
Detik hitam itu dipercayai berlaku beberapa bulan lalu ketika mangsa ditinggalkan ibu bapanya di rumahnya dekat sini bersama adik beradiknya yang lain.
Suspek yang diamanahkan untuk menjaga anak saudaranya bagaimanapun dipercayai mengambil kesempatan untuk memperkosa mangsa di belakang rumah mangsa.
Akibat perbuatan di luar batas kemanusiaan itu, mangsa difahamkan mengandung, bagaimanapun ia tidak disedari berikutan mangsa tidak mengalami sebarang alahan ketika mengandung.
Selepas cukup bulan, mangsa yang difahamkan mengadu sakit perut dibawa ahli keluarganya ke hospital.
Bagaimanapun setelah melakukan pemeriksaan ke atas kanak-kanak terbabit, pegawai perubatan yang merawatnya mendapati mangsa sebenarnya sakit perut untuk melahirkan bayi.
Mangsa yang difahamkan cuba menyembunyikan rahsia terbabit difahamkan selamat melahirkan anak kira-kira jam 8 malam di salah sebuah hospital di Kuala Terengganu.
Difahamkan, rahsia itu berjaya disembunyikan mangsa daripada keluarganya berikutan keadaan asal fizikal mangsa yang agak besar berbanding kanak-kanak lain seusianya.
Menurut mangsa, ahli keluarganya dikatakan tidak mengesyaki dia sedang mengandung disebabkan mangsa turut aktif bersukan bersama rakan sebaya dengannya.
Bagaimanapun, hospital difahamkan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis sebelum kertas siasatan dibuka berkaitan kes terbabit.
Mangsa bersama bayi yang dilahirkan dilaporkan sihat dan dipercayai masih dalam perhatian hospital.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit kini dalam siasatan pihaknya mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek kini sedang diburu polis. -SH

Post a Comment