TERKINI: Keputusan FIFA Piala Dunia 2010 (24 Jun), England selamat, Australia kempunan
Keputusan perlawanan FIFA Piala Dunia 2010 malam dan awal pagi tadi (24 Jun), aksi kumpulan C dan D telah pun berlangsung.England yang dilihat berada dalam kedudukan tidak menentu sebelum sepak mula berlangsung telah pun memberi sedikit kepuasan kepada peminatnya apabila menempah tiket ke perlawanan kalah mati selepas menumpaskan Slovenia 1-0 menerusi jaringan Jermain DEFOE pada minit ke 23'.
Amerika Syarikat yang juga dari kumpulan C telah menjadi juara kumpulan apabila menewas Algeria 1-0 dengan perbezaan jaringan walaupun berkongsi mata dengan England.
Namun, Amerika terpaksa menunggu masa kecederaan untuk mengesahkan kedudukan ke perlawanan kalah mati apabila Landon DONOVAN menjadi penyelamat menjaringkan gol untuk pada minit ke 91'.
Dalam aksi kumpulan D, walaupun menang 2-1 ke atas Serbia, namun tidak memberi apa-apa erti kepada Australia kerana perbezaan gol dengan Ghana dalam kumpulan D walaupun berkongsi 4 mata. Ghana menempah tiket ke pusingan seterusnya bersama pendahulu kumpulan, Jerman yang menang 1-0 menewaskan Ghana dan mengumpul 6 mata. -WarkahDaily
Berikut adalah keputusan perlawanan terkini (24 Jun)
Keputusan terkini
Ghana
Australia
Tim CAHILL (69')
Bret HOLMAN (73')
Amerika Syarikat
Landon DONOVAN (91')
Slovenia
0 - 1
2 - 1
1 - 0
0 - 1
Jerman
Mesut OEZIL (60')
Serbia
Marko PANTELIC (84')
Algeria
England
Jermain DEFOE (23')
Jadual perlawanan akan datang
Paraguay
Slovakia
Cameroon
Denmark
vs
vs
vs
vs
New Zealand
Itali
Belanda
Jepun
- (24 Jun - 10:00 malam)
- (24 Jun - 10:0 malam)
- (25 Jun - 2:30 pagi)
- (25 Jun - 2:30 pagi)
Post a Comment