Header Ads

Arsenal catat kemenangan bergaya atasi Partizan Belgrade

BELGRADE: Walapun mempersia-siakan banyak peluang, Arsenal tetap berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Partizan Belgrade yang bermain dengan 10 orang dalam aksi menarik kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah.

Di sebalik kegagalan menyempurnakan penalti, Andrei Arshavin tetap berjaya menjaringkan satu gol, sementara Marouane Chamakh dan Sebastien Squillaci menambah derita tuan rumah.

Belgrade berjaya menyumbat gol saguhati menerusi penalti Cleo namun pengganti Manuel Almunia, Lukasz Fabianski bertindak cemerlang untuk menafikan satu lagi penalti pasukan Serbia itu.

Arsenal dilihat berjaya menguasai permainan dengan baik dan kejayaan ini dilihat sebagai pengubat duka kekalahan kepada West Brom tempoh hari. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.