Header Ads

Saman ekor: Bayar segera dapat diskaun, cadang polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sesiapa yang menyegerakan bayaran saman samada saman ekor atau saman lain akan diberi diskaun kerana bayar cepat.

Namun, jika bayaran saman dilambat-lambat, jumlah saman akan terus meningkat sehingga dibawa ke mahkamah.


Langkah terbabit adalah antara cadangan oleh pihak polis bagi menyelesaikan masalah bayaran saman trafik yang dihadapi pemandu termasuk saman ekor.

Sebelum itu, ramai pemandu merungut apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing ketika berurusan dengan JPJ.

Ramai pemandu terkejut apabila mereka dapati tidak dapat memperbaharui cukai jalan mereka akibat nama mereka disenarai hitamkan oleh pihak JPJ daripada memperbaharui cukai jalan akibat tertunggaknya bayaran saman ekor.

Ada antara mereka yang terpaksa melunaskan bayaran saman ekor beribu-ribu ringgit kerana mempunyai saman yang banyak.

Ekoran itu, banyak pihak membantah tindakan polis yang dilihat cuba 'menyeksa' pemilik kenderaan yang tidak mampu untuk membayar kesemua saman ekor secara sekaligus. Banyak pihak telah meminta pihak JPJ dan polis mengkaji semula tindakan itu agar ianya tidak membebankan pemilik kenderaan.
Dikuasakan oleh Blogger.