Header Ads

Lebih 40,000 pekerja bank terima ‘durian runtuh’

Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima durian runtuh antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Ke:satuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung Nube, J Solomon berkata, sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula kelmarin, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.


Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah NUBE kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.

Antara faedah tersebut ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa kelmarin, elaun sara hidup, peningkatan umu:r bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun yang dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun.

Beliau memberi jaminan pekerja sektor itu akan meningkatkan produktiviti selaras dengan penyelesaian yang dicapai. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.