Header Ads

8 dan 9 Ogos tarikh akhir serah simpan penyata tahunan syarikat - SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menetapkan 8 dan 9 Ogos 2010 sebagai tarikh akhir untuk menyerahkan simpan penyata tahunan bagi syarikat-syarikat yang mengadakan Mensyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 30 Jun.


Menurut satu kenyataan SSM di sini Khamis, syarikat-syarikat yang menyerahkan dokumen tersebut pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dikenakan sebarang Fi Lewat Serah Simpan.

Bagi pejabat SSM yang beroperasi di Kelantan, Kedah dan Terengganu, tarikh akhir penyerahan ialah 8 Ogos manakala bagi pejabat SSM yang ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, tarikh akhir penyerahan ialah pada 9 Ogos. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.