Piala Dunia 2010: Sepanyol punyai kelebihan berbanding Jerman untuk ke final
SESIAPA yang melihat bagaimana Jerman membelasah England 4-1 dan kemudian Argentina 4-0 akan lebih terdorong memilih pasukan pimpinan Joachim Loew melangkah ke final Piala Dunia 2010.
(SEPANYOL: Pasukan pimpinan Vicente del Bosque (kiri) tidak mempunyai Lionel Messi
tetapi mereka mempunyai ramai pemain yang boleh mengubah haluan permainan.
Tambahan pula, Sepanyol pernah menewaskan Jerman dalam final Euro 2008. -Foto AFP)
Bukan mudah membelasah England dengan keputusan seperti itu. Bukan mudah memporak-perandakan Argentina dengan kemenangan tersebut.
Dilihat dari segi logik bola sepak, Jerman menjadi pilihan untuk menyingkirkan Sepanyol dalam peringkat separuh akhir di Stadium Durban hari ini. Lebih-lebih lagi, Sepanyol terkial-kial mengatasi Paraguay 1-0 sebelum melayakkan diri.
Sebelum itu, Sepanyol pernah rebah 0-1 di tangan Switzerland dalam perlawanan pusingan kumpulan.
Jika dibandingkan persembahan Jerman dengan Sepanyol, Jerman lebih konsisten dan mengancam.
Tetapi logik dalam bola sepak boleh berubah daripada satu perlawanan kepada satu perlawanan.
Apakah ini bermakna Sepanyol akan meneruskan langkah perjuangannya ke final?
Jawapannya, benar.
Kenapa Sepanyol dan bukan Jerman?
Pertama, dalam mana-mana sukan, pemain atau pasukan yang terkial-kial tetapi masih berjaya meneruskan kemaraan mempunyai sesuatu kelebihan ataupun keistimewaan.
Selalunya, kelebihan itu dikaitkan dengan ciri-ciri juara. Sepanyol mempunyai reputasi sebagai juara Euro 2008.
Kedua, selagi dua tenaga midfield kreatifnya, Xavi Hernandez dan Andreas Iniesta, terus membentuk kesebelasan utama Sepanyol, pasukan pimpinan Vicente del Bosque akan terjamin memperlihatkan corak permainan passing game atau gerakan hantaran mirip pasukan Barcelona.
Mengikut gaya permainan bola sepak terkini, tidak ada pasukan yang beraksi seperti Sepanyol. Ia mungkin belum sempurna dalam Piala Dunia 2010 tetapi keunggulan itu telah terbukti sejak dua tahun lalu.
Kurang percaya, dengar apa kata jurulatih Jerman.
'Sepanyol adalah pasukan yang menunjukkan corak permainan konsisten sejak dua atau tiga tahun lalu.
'Sepanyol tidak mempunyai Lionel Messi tetapi mereka mempunyai pemain yang boleh bertindak seperti Messi, terutama dalam gerakan serangan kerana ramai pemain mereka boleh mengubah haluan permainan.'
Ketiga, faktor Fernando Torres. Benar, pemain Liverpool itu gagal menjaringkan gol seperti rakan penyerangnya, David Villa, tetapi Torres seorang pemain yang berkualiti.
Pemain berkualiti selalunya boleh meledakkan kelebihan pada bila-bila masa. Torres tidak perlu menyerlah sepanjang 90 minit.
Sekilas kecemerlangannya sudah cukup membuat Jerman merana seperti dalam final Euro 2008 dengan Torres menyambar gol tunggal kemenangan pada minit ke-33.
Sebab itu Loew cukup tahu tentang kekuatan Sepanyol kerana pasukan itu hampir sama dengan skuad 2008.
Tetapi ini tidak bermakna Jerman tidak mempunyai keupayaan untuk menggemparkan Sepanyol.
Tetapi seperkara yang beliau akur tentang Sepanyol ialah mereka kerap melakukan kesilapan.
Mampukah Jerman bertindak di celah-celah kesilapan Sepanyol ataupun Sepanyol yang akan mara? -CYB
(SEPANYOL: Pasukan pimpinan Vicente del Bosque (kiri) tidak mempunyai Lionel Messitetapi mereka mempunyai ramai pemain yang boleh mengubah haluan permainan.

Post a Comment