Header Ads

Pelanggan urut batin tergamam premis kena serbu

SEREMBAN: Tujuh pelanggan yang sedang menerima khidmat urut batin di sebuah pusat urut di Jalan Tun Dr Ismail, dekat sini tergamam apabila premis tersebut diserbu, petang semalam.

Serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kira-kira 4.30 petang, semalam.

Kebanyakan pelanggan terkejut ketika pusat urut tersebut diserbu dan sebahagian besar daripadanya dipercayai sedang menerima urutan batin.

Pegawai Penyiasat D7, Inspektor Boo Khooi Fong berkata, seramai lima anggota dan lima pegawai D7 terbabit dalam operasi bagi membendung perkhidmatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, selain menyediakan urutan badan, premis terbabit dikesan menyediakan khidmat urut batin dengan bayaran RM50.
Bagaimanapun, katanya, polis hanya mengambil keterangan daripada pelanggan terbabit sebagai siasatan lanjut.

"Selain tujuh lelaki terbabit, polis turut menahan 12 tukang urut warga Thailand berusia lingkungan 25 tahun hingga 47 tahun dan seorang penjaga premis terbabit.

"Kesemua warga asing itu ditahan kerana menyalah guna pas lawatan sosial," katanya kepada media selepas operasi itu, semalam.
Beliau berkata, penjaga premis lingkungan 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing.

"Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM855 daripada penguasaha pusat urut terbabit dipercayai hasil perkhidmatan yang disediakan," katanya.

Khooi Fong berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas premis tersebut sejak dua minggu lalu. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.