Header Ads

Bola final Piala Dunia 2010 dibeli dengan harga RM237,604

Seorang peminat pasukan Sepanyol membeli bola yang digunakan dalam final Piala Dunia dengan harga £ 48,200 atau sekitar RM237,604 dalam sebuah laman lelong internet untuk amal sosial.

Hasil penjualan melalui laman eBay itu akan disumbangkan ke lembaga sosial 46664, yang ditubuhkan oleh Nelson Mandela untuk memerangi penyebaran HIV / Aids.

Pengeluar bola tersebut, Adidas, mengatakan ada 133 pembida dari 55 negara.

Sepanyol mengalahkan Belanda 1-0 dalam perlawanan final Piala Dunia 2010 melalui tendangan Andres Iniesta. Kemenangan itu menobatkan Sepanyol untuk pertama kalinya merangkul Piala Dunia.

Ruth Szyszkowski dari eBay mengatakan bola yang digunakan dalam final yang dapat dijual dengan nilai yang tinggi kerana kontroversi terhadap bola yang digunakan itu dan juga sumbangan untuk lembaga sosial daripada hasil jualan.

Jabulani adalah nama rasmi bola Adidas berkenaan yang digunakan untuk Piala Dunia 2010 dan mendapat banyak kritikan dari pelbagai pihak.

Beberapa orang berpendapat, Jabulani sama sahaja dengan menggunakan bola yang dibeli di supermarket, sementara yang lain mengatakan arah bola yang tidak menentu dan sukar untuk ditendang dengan baik.

Namun Adidas menegaskan bola yang diberi teknologi cengkeram itu membolehkan tendangan yang stabil dengan cengkaman yang bagus dalam keadaan apa sekali pun. -BBC
Dikuasakan oleh Blogger.