Header Ads

Pembaziran takpe, subsidi untuk rakyat tidak boleh

Bukalah mata luas-luas wahai rakyat Malaysia. Kita sebenarnya golongan yang ditindas dan ditipu oleh pemerintah yang hanya mementingkan kantung mereka yang penuh.

Cuba fikirkan alasan jakun kerajaan konon kenaikan harga "5-dalam-1" adalah bagi tujuan penjimatan subsidi tapi dalam masa yang sama, mereka ini telah melakukan pelbagai pembaziran yang melibatkan wang rakyat.

Membazir takpe, tapi kalau bagi subsidi kat rakyat, usah mimpi.

Projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat secara menyeluruh sewenang-wenangnya dibuat. Pak Long dan Mak Long kat kampung tu sedikit pun tak merasa kemegahan bangunan pencakar langit yang dibangga-banggakan oleh pemimpin BN tu. Nak memilikinya jauh sekali. Yang merasa puas dengan pembangunan rakus Umno-BN tu siapa? Bukankah hanya sebilangan pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang mengambil kesempatan untuk bergelar jutawan segera?

Apakah manfaat projek F1 untuk semua rakyat? Apakah nilai kebajikan yang rakyat perolehi daripada penganjuran F1 daripada syarikat minyak negara Petronas yang menjadi nadi pendapatan negara bagi memberi kebaikan untuk rakyat?

Jika dilihat kepada projek pembangunan, bagaimana pembaziran yang berlaku seadanya apabila stadium yang hanya baru sahaja sekali digunakan untuk Sukma telah pun roboh, sedangkan kos membinanya melibatkan jutaan ringgit wang rakyat, namun ia seolah-olah tidak berlaku kerugian sedikit pun.

Bagaimana pula dengan projek pembinaan Taman Tamadun Islam yang sebelum ini dibanggakan dengan kehebatan seni binanya, tapi adakah nilai seni bina yang dimonumenkan telah berjaya menyasarkan target yang sepatutnya?

Penganjuran kejohanan perahu layar Monsun Cup di Pulau Duyung yang melibatkan perbelanjaan yang besar juga dari wang rakyat yang sewenang-wenang dibazirkan. WarkahDaily bukan menafikan sedikit pulangan terhadap rakyat, tetapi dengan nisbah perbelanjaan jutaan ringgit yang dikeluarkan daripada wang rakyat, apakah ianya betul-betul berbaloi dengan sebilangan kecil sahaja rakyat yang mendapat tempias daripada kejohanan itu?

Tetapi bila tiba masa untuk memberi kebajikan kepada rakyat, kerajaan BN mula berkira untuk membantu rakyat. Konon untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan beban kerajaan menanggung subsidi yang banyak, mereka mula mengurangkan subsidi, maka secara automatic, harga barangan pun mula naik.

Segala kelengkapan harian yang diperlukan rakyat khasnya golongan pertengahan dan bawahan mula naik harga. Rakyat yang selama ini bukan dari golongan hidup senang, sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah dan sebagainya, tapi sekarang terpaksa menanggung beban kenaikkan harga barangan keperluan harian mereka hasil dasar penindasan kerajaan BN.

Bekas mufti perlis yang kontroversi, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Gambar) yang dikhabarkan sebelum ini kononnya bersama ‘ulamak muda’ akan menyertai Umno, tetapi telah pun menempelak kerajaan BN pimpinan Umno berkaitan pengurangan subsidi sehingga membebankan rakyat yang miskin.

Malaysiakini melaporkan, Dr Mohd Asri menempelak golongan ‘bangsawan’ dan ‘pembesar’ yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat padahal orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.

Dr Asri menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.

"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah," kata Asri.
Dikuasakan oleh Blogger.