Akta Persaingan 2010 dikuatkuasa 2012 wujud persaingan sihat dalam industri
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Akta Persaingan 2010, yang akan berkuat kuasa 1 Jan, 2012, akan menggalakkan persekitaran kompetitif dan memberi lebih keyakinan kepada pelabur asing dalam amalan perniagaan negara.Akta berkenaan akan mengawal semua firma, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata akta berkenaan akan meningkatkan keyakinan pelabur asing memandangkan ia menjadikan persaingan yang sama di kalangan peserta industri.
"Dengan akta ini, persepsi industri bahawa GLC sentiasa dilindungi oleh kerajaan yang dihapuskan.
"Ini akan memastikan persaingan yang adil dan sihat. Semua akan dilindungi, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," kata beliau pada taklimat media di Dewan Rakyat di sini.
Sabri berkata kerajaan serius dalam mendidik kumpulan perniagaan mengenai perundangan yang diterima baik oleh peserta industri, walaupun pada mulanya tidak persetujui oleh GLC.
Akta berkenaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Mei, diwartakan pada 10 Jun.
Ia akan mempunyai dua larangan iaitu perjanjian antikompetitif dan penyalahgunaan kedudukan dominan.
Perjanjian antikompetitif termasuk penetapan harga, kartel import, mengehadkan pengeluaran dan perkongsian pasaran.
Pengalahgunaan kedudukan dominan termasuk diskriminasi harga, harga berlebihan dan menafikan akses pasaran.
Undang-undnag berkenaan menggalakkan fungsi pasaran yang efisien yang akan memberi faedah pengguna dari segi harga lebih rendah dan pilihan lebih baik.
Ia akan melindungi amalan yang boleh membawa syarikat-syarikat keluar daripada perniagaan, membolehkan sekatan kemasukan yang lebih rendah bagi menggalakkan keusahawanan dan pertumbuhan PKS, peruntukan yang efisen dan penggunaan sumber dan kawalan persaingan tidak adil di peringkat antarabangsa serta sekatan amalan perniagaan seperti kartel antarabangsa.
"Kita bukan bercakap mengenai anti monopoli. Undang-undang ini memberi penekanan mengenai penyalahgunaan monopoli dalam pasaran dan anti kartel," katanya.
Ismail Sabri berkata Suruhanjaya Persaingan bebas dan Tribunal Rayuan Persaiangan akan ditubuhkan dalam masa 18 bulan akan datang.
"Anggota suruhanjaya persaingan ini akan dilantik oleh Perdana Menteri atas cadangan menteri manakala tribunal akan diketuai oleh hakim.
"Kami kini menstruktur kerangka kerja operasi bagi suruhanjaya dan tribunal itu," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga Malaysia tidak akan tertakluk mengikut akta itu.
Suruhanjaya Persaingan akan terdiri daripada seorang pengerusi, empat anggota yang mewakili kerajaan dan tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada lima wakil berpengalaman, manakala tribunal akan terdiri daripada tujuh hingga 20 anggota.
Ismail Sabri berkata suruhanjaya akan bertindak berdasarkan kepada aduan oleh industri, inisiatif suruhanjaya sendiri untuk menyemak semula dan arahan daripada menteri. -Bernama
Post a Comment