Header Ads

Tanda kiamat?: Bukan Islam halang judi, Umno pulak sokong judi

Umno selama ini hanya pandai beretorik semata-mata. Sejak dari dulu hingga sekarang, Umno terus membohongi rakyat Malaysia. Konon, Umno adalah perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Sejak merdeka hingga sekarang, sudah lebih 50 tahun kita hanya diperintah oleh Umno-BN. Umat Melayu yang selalu dilaung-laungkan oleh puak-puak Umno semakin hari semakin tertindas, semakin mundur, semakin miskin.

Kenapa Melayu masih belum celik dengan penipuan dan pembohongan Umno itu. Konon perjuangkan agama bangsa dan negara, tetapi hanya retorik semata-mata. Selama ini, rakyat hanya diperbodohkan oleh Umno. Padahal yang merosakkan orang Melayu, yang memundur orang Melayu, yang menindas orang Melayu, yang memperbodohkan orang Melayu bukannya orang lain.

Tidak pernah lagi negara kita bertukar tangan tampuk pemerintahan kepada parti lain. Sejak dari dulu sampai sekarang, Umno masih lagi memerintah bersama komponennya dalam BN, tetapi bangsa sendiri belum lagi maju. Bukan setakat nak melihat maju, bahkan tahap kemiskinan bangsa Melayu semakin merudum, orang Melayu semakin dipinggirkan jauh terperosok ke pendalaman. Angkara siapakah itu?Orang lain tiada kuasa melakukannya, hanya pemerintah yang hanya pandai beretorik semata-mata.

Umno penyelamat agama?

Tiada bukti Umno adalah penyelamat agama (Islam). Yang ada, hanya menghancurkan Islam.

Apakah kita tidak pelik, orang bukan Islam bersepakat dalam Pakatan Rakyat menolak perjudian dalam sukan, tiba-tiba Umno pula dengan selamba menyokong pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan.

Di mana letaknya maruah puak-puak 'keris telanjang' tu?Di mana letaknya iman mereka?

Tidakkah mereka itu malu dengan DAP dan Gerakan yang secara konsisten menolak kelulusan lesen judi bola sepak?

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, siapakah pengkhianat kepada agama bangsa dan negara. Selagi Umno-BN memerintah negara, selagi itulah bangsa dan agama akan terus dihina.

Judi terus dijulang dengan membelakangi hukum Allah. Tidak kira halal-haram, asalkan keuntungan diperolehi.

Masjid dibina, tapi dalam masa yang sama sokong judi. Tak ubah seperti negara-negara barat yang mempunyai masjid, tapi dalam masa yang sama tentang Islam.
Dikuasakan oleh Blogger.