Piala Dunia 2010: Jepun ikut jejak Korea Selatan lakar kejutan
Selepas Korea Selatan mengejutkan pasukan lawannya, Greece 2-0 pada 13 Jun dalam Kejohanan bola sepak FIFA Piala Dunia 2010, satu lagi wakil Asia, Jepun turut memberi kejutan apabila menewaskan pasukan yang lebih ternama, Cameroon 1-0. Walaupun Cameroon diketuai pemain ternama, Samuel Eto'o yang bermain untuk kelab dari Itali, Inter Milan, namun Jepun dapat mengatasi reputasi itu apabila Keisuke HONDA mencipta sejarah untuk Jepun menewaskan legasi Cameroon.Terdahulu, Korea Selatan mengutip mata penuh dalam kumpulan B apabila menewaskan Greece 2-0. Gol Korea dijaringkan oleh LEE Jung Soo (7') dan PARK Ji Sung (52').
Malam tadi (14 Jun), Jepun pula mengikut jejak Korea apabila menewaskan Cameroon 1-0. Gol Jepun dijaringkan oleh Keisuke HONDA pada minit ke 39'.
Australia yang turut mewakili Asia telah pun menerima nasib berbeza apabila dibelasah Jerman 0-4.
- Berikut adalah keputusan perlawanan semalam (14 Jun 2010)
Jerman * Lukas PODOLSKI (8') | 4 - 0 | Australia |
| Belanda * Daniel AGGER (46' GS) | 2- 0 | Denmark |
| Jepun * Keisuke HONDA (39') | 1 - 0 | Cameroon |
- Perlawanan terkini (LIVE)
| Itali | 0 - 0 (LIVE) | Paraguay |
- Perlawanan akan datang
| New Zealand Ivory Coast Brazil | vs 15 Jun - 7:30 malam vs 15 Jun - 10:00 malam vs 16 Jun - 2:30 pagi | Slovakia Portugal Korea Utara |
Post a Comment