Perdana Menteri pertama kahwini pasangan sejenis
REYKJAVIK: Johanna Sigurdardottir, Perdana Menteri Iceland, berkahwin pasangannya lama pada hari Ahad sebagai mengesahkan undang-undang baru perkahwinan sejenis yang telah dikuatkuasakan.(Gambar: Sigurdardottir menjadi ketua kerajaan pertama di dunia mengahwini kaum sejenis -foto Getti)
Sigurdardottir, 68, secara rasmi telah pun mengahwini Jonina Leosdottir, seorang penulis, selepas beberapa kali membuat permohonan kesatuan awam sebagai sebuah pernikahan, kata agensi berita Iceland, RUV.
Pada 12 Jun lalu, parlimen Iceland dengan sebulat suara telah pun meluluskan undang-undang bagi membolehkan perkahwinan kaum sejenis.
Sigurdardottir yang lahir pada tahun 1942, telah pun mengambil alih kuasa kerajaan Iceland pada Januari 2009. Beliau pernah tinggal bersama Ledsdottir selama beberapa tahun dan menjadi pasangan berdaftar pada tahun 2002.
Beliau telah menjadi pemimpin kerajaan pertama di dunia yang melakukan perkahwinan sejenis. –Telegraph
WarkahDaily – Macam-macam ada kat dunia akhir zaman ini. Petanda bumi ini sudah semakin hampir untuk menemui ajalnya.
Sudah bersediakah kita?
Post a Comment