Mancini tertekan mahu Manchester City layak ke Liga Juara-Juara Eropah
MANCHESTER, England: Pengurus pasukan Manchester City, Roberto Mancini, berpendapat pertarungan pasukannya dengan Tottenham Hotspur esok sebagai satu pertandingan akhir.
Dengan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa kelmarin, City kini hanya tercicir satu mata di belakang Spurs dalam persaingan merebut tempat keempat pertandingan ini, yang juga tempat terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Walaupun kedua-dua pasukan itu masih mempunyai baki dua perlawanan, pertarungan kali ini dianggap sebagai antara perlawanan terpenting dalam sejarah kelab masing-masing.
Gara-gara begitu penting pertarungan itu, Mancini telah menyebut ia sebagai satu pertandingan akhir.
Jika Spurs mengalahkan City, pasukan itu sudah terjamin akan menduduki tempat keempat. Tetapi jika City menang, ia mempunyai peluang cerah untuk merebut tempat terakhir dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
"Sebenarnya, kami mahu melayakkan diri dalam satu final musim ini", jelas Mancini sebagai merujuk kekalahan City di tangan Manchester United dalam peringkat separuh akhir Piala Liga.
"Kini, kami seperti dalam final kerana pertarungan dengan Spurs boleh dianggap sebagai pertandingan akhir", Mancini memberitahu.
"Kami memerlukan sokongan setiap peminat kami dan ini adalah perlawanan terpenting City musim ini.
"Justeru, penting bagi kami memungut mata maksimum", beliau menegaskan.
Pengurus pasukan asal Italy itu kemudian memuji perwatakan anak buahnya yang bangkit setelah tercicir dalam pertemuannya dengan Aston Villa.
Ini, ujarnya, menunjukkan bahawa kemenangan itu telah memberikan peluang kepada City menyertai jiranya, United, beraksi dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.
John Carew membuka tirai jaringan pada minit ke-16 sebelum City menyamakan kedudukan melalui tendangan penalti Tevez pada minit ke-42.
Kemudian, Emmanuel Adebayor menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-48 sebelum Craig Belammy mengukuhkan kedudukan pasukan itu pada minit ke-89.
Mengenai perlawanan dengan Spurs nanti, Mancini berkata,"Kami tidak akan membuat sebarang perubahan.
"Kami akan terus berlatih dan bermain seperti selalunya. Segala-galanya mungkin ditentukan dalam perlawanan terakhir nanti". -Reuters
Dengan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa kelmarin, City kini hanya tercicir satu mata di belakang Spurs dalam persaingan merebut tempat keempat pertandingan ini, yang juga tempat terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.Walaupun kedua-dua pasukan itu masih mempunyai baki dua perlawanan, pertarungan kali ini dianggap sebagai antara perlawanan terpenting dalam sejarah kelab masing-masing.

Post a Comment