Header Ads

Kerajaan 'lanun' belanja RM1 juta untuk rasmi satu majlis?

Dah kaya sangat dah ke, sampai nak rasmi majlis pun kena belanja jutaan ringgit. Jadi kerajaan pun secara 'lanun', sekarang dah pandai belanja duit rakyat cara 'lanun'.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cukup bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang negeri (PAC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pembaziran wang rakyat.

Ini berhubung laporan PAC bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas.

RM1 juta tu bukannya sikitlah bro, banyak tu. Tapi puak-puak 'lanun' ni senang-senang hati je bazirkan RM1 juta semata-mata nak rasmikan satu majlis.

Apa ke jenis majlis ntah sampai belanja kena sampai RM1 juta. Duit tu bukan hangpa punya, tu yang hangpa sesuka hati belanja sakan tu.

Sepatutnya, SPRM perlu bukak fail penyiasatan berkaitan perbelanjaan rasmi majlis sampai RM1 juta tu.

Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi PAC tu memberi gambaran, kerajaan 'lanun' yang diketuai Zambry and the geng begitu senang hati melakukan pembaziran terhadap duit rakyat.

Itu baru nak rasmi majlis, bagaimana pula yang lain. Mustahil jika tiada pembaziran yang sama dilakukan oleh kerajaan 'lanun' Zambry.

Nak kata perbelanjaan itu adalah untuk rakyat, apa yang rakyat dapat melalui pemborosan itu. Kalau dapat pun, mungkin nasi bungkus, air mineral aje. Itu pun kalau majlis yang melibatkan rakyat. Tapi bagaimana majlis yang hanya melibatkan 'orang-orang besar' kerajaan 'lanun'? Buat di hotel berbintang-bintang, makan pun makanan mewah. Kalau setakat gaji seribu dua, usah mimpi nak makan sama taraf dengan pemimpin Umno-BN tu.

Naib ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh berkata pihaknya amat menyokong penuh pendedahan yang dibuat oleh pengerusi PAC itu atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

Ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, kakitangan kerajaan dan rakyat keseluruhannya diminta berjimat cermat dalam perbelanjaan, tetapi pemimpin tidak pula melakukannya. Cakap yak serupa bikin.

Rakyat bawahan diminta ubah gaya hidup, tapi pemimpin hidup mewah dengan menggunakan duit rakyat.

Zambry selaku ketua kerajaan 'lanun' sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini dan perlu menjawab, apakah relevannya sesuatu majlis dengan kos pelaksanaannya mencecah RM1 juta.

Menurut Pemuda PAS Perak, difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Zambry. Ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat seperti mana yang didedahkan.

Jadi, Zambry perlu bertanggungjawab dalam hal ini.
Dikuasakan oleh Blogger.